[Teknologi] Alat Komunikasi Pintar Smartphones
Sebagai seorang yang sibuk dengan pekerjaan
seharian, anda pasti menyedari akan kepentingan keseimbangan antara kerjaya dan
keluarga. Anda juga mungkin tahu dan pernah merasakan bagaimana penatnya
bekerja di pejabat yang mana setiap masa perlu memeriksa dan menjawab email dan
panggilan telefon, serta mengakses data seperti kertas cadangan, jadual
mesyuarat, informasi pelanggan, berita perniagaan ataupun mungkin juga laporan
saham
Terdapat beratus-ratus jenis model smartphone
yang dicipta untuk kegunaan bisnes mahupun peribadi. Tujuan utamanya hanyalah
satu; menjadikan semua kerja berada dihujung jari. Pekerjaan harian menjadi
semakin mudah dan pantas dengan memiliki smartphones. Smartphones pada asalnya
disasarkan penggunaannya untuk golongan ahli perniagaan dan korporat. Dengan
rekaan kombinasi antara telefon bimbit dan PDA, ia menjadi satu alat komunikasi
pintar yang sangat berguna bermula dari menerima dan membuat panggilan telefon
sehinggalah kepada mengurus sebuah projek mega.
Dalam
abad dan era kemodenan dunia yang semakin berkembang maju ke hadapan,
Smartphones kini telah menjadi satu trend. Golongan dari pelbagai lapisan sudah
menyedari akan kepintaran serta kemudahan teknologi yang disediakan oleh
smartphones. Dengan kemudahan internet jalur lebar tanpa wayar yang semakin
berkembang, smartphones menjadi pilihan utama yang harus dimiliki oleh semua
orang.
Kebanyakkan smartphones membenarkan anda
melakukan “synchronization” dengan komputer peribadi anda. Ini bermakna anda
boleh menyimpan dan membuka data atau dokumen yang berkaitan dengan apa sahaja
samada berkaitan dengan pekerjaan anda, perniagaan ataupun pelajaran melalui
smartphones. Anda boleh membaca email yang masuk ke dalam inbox, mengulangkaji
pelajaran, membaca akhbar online, menyiapkan kerja pejabat, memeriksa jadual
pengangkutan awam, sehinggalah kepada melakukan online check-in penerbangan.
Semuanya berada dihujung jari.
Smartphones juga berfungsi sebagai kamera dan
perakam video. Anda boleh merakam dan menyimpan gambar-gambar percutian, merakam
video persembahan pentas, menonton youtube malah merekod keseluruhan siaran
filem kegemaran melalui muat-turun dari internet. Ia juga boleh menyimpan
lagu-lagu MP3 kesukaan anda dan duduk berehat sambil mendengar siaran radio.
Paling
istimewa dan unik yang disediakan oleh smartphones ialah kemudahan aplikasi
pihak ketiga yang dinamakan Apps. Apps merupakan sebuah platform untuk para
pengguna smartphones menikmati aplikasi-aplikasi pelbagai jenis bermula dari
bisnes, permainan, hiburan, pendidikan dan bermacam-macam lagi. Dengan ribuan
Apps tersedia untuk dimuat-turun, ianya datang dalam versi percuma dan
berbayar.
Dalam post yang akan datang, saya akan kongsikan
20 jenis smartphones yang paling popular digunakan dan menjadi pilihan ramai
orang. Saya akan bongkarkan satu-persatu kelebihan dan kelemahan setiap
smartphones mengikut pandangan dan kajian saya sendiri
Tidak ada komentar:
Posting Komentar